Petugas pejabat perwakilan Taiwan tinggalkan Hong Kong - Utusan Malaysia

Petugas pejabat perwakilan Taiwan tinggalkan Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sejumlah petugas Taiwan yang bekerja di di Hong Kong mula meninggalkan wilayah separa autonomi itu hari ini.

Tindakan itu dibuat selepas kerajaan Hong Kong menggesa pegawai di pejabat tersebut menandatangani dokumen yang menyokong Beijing menuntut Taiwan.

Hong Kong menjadi satu lagi ‘bahan pertikaian’ antara Taipei dan beijing, terutamanya selepas Taiwan mengkritik undang-undang keselamatan yang dikuatkuasakan di Hong Kong oleh China.

Lin Fei Fan, Timbalan Setiausaha Agung Parti Progresif Demokratik yang mentadbir Taiwan memberitahu, hanya kakitangan tempatan yang akan terus berkhidmat di pejabat tersebut.

“Kerajaan Hong Kong dan Parti Komunis China terus memaksa petugas kami menandatangani ‘surat komitment China’ untuk mengiktiraf negara itu.

“Sebagai pra syarat politik bagi pembaharuan visa, kami tidak akan menerimanya,” tulis Fei Fan dalam akaun Facebooknya.

Tegasnya, Taiwan tidak akan mengiktiraf China sebagai ‘satu China dengan dua siste,’. – REUTERS

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya