Percaya ‘perjanjian syaitan’ boleh menang loteri - Utusan Malaysia

Percaya ‘perjanjian syaitan’ boleh menang loteri

BIBAA Henry (kiri) dan Nicole Smallman (kanan) dibunuh oleh Danyal Hussein. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kegembiraan dua beradik menyambut ulang tahun kelahiran seorang daripada mereka bersama rakan-rakan bertukar tragedi apabila kedua-duanya ditikam sampai mati di Fryent Country Park di Wembley pada 6 Jun, tahun lalu. 

Lapor Metro, Danyal Hussein, 19, didakwa membunuh Nicole Smallman, 27, dan Bibaa Heny, 46, yang mendakwa kononnya sebagai ‘pengorbanan’ untuk dirinya memenangi loteri. 

Pihak polis berjaya menemukan sekeping nota yang ditulis suspek di rumahnya yang mendakwa dia perlu melakukan ‘perjanjian bersama syaitan’ dengan mengorbankan wanita bagi mendapatkan keuntungan. 

Remaja lelaki itu turut membeli tiket loteri yang dilipat bersama dalam nota tersebut. 

Suspek menyembunyikan mayat mangsa di kawasan taman berdekatan dan ditemukan keesokan harinya. 

Pendakwa Raya, Oliver Glasgow memberitahu mahkamah, suspek mengambil kesempatan melakukan pembunuhan itu semasa kesemua tetamu sudah pulang. 

Katanya, ketika itu dua beradik memilih untuk duduk berehat sebelum diserang oleh suspek.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya