BANGKOK: Ratusan penyokong demokrasi turun ke jalanan di sekitar Bangkok hari ini bagi terus mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-O-cha.
Demonstrasi itu secara tidak langsung menunjukkan penyokong demokrasi tidak mengendahkan amaran kerajaan mengenai peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negara ini.
Perhimpunan dan perarakan itu dibuat ketika ulang tahun ke-89 Revolusi Siam.
Bangkok berdepan dengan beberapa siri tunjuk perasaan menentang kerajaan pimpinan Prayut sejak separuh kedua tahun 2020.
Namun, pergerakan penyokong demokrasi mula hilang rentak selepas pandemik Covid-19 bermula dan banyak aktivisi pelajar dipenjara.
Ratusan penunjuk perasaan itu dilaporkan berjumpul di Monumen Demokrasi dan berarak ke Parlimen. – AFP