Penumpang lompat dari pesawat sedang bergerak - Utusan Malaysia

Penumpang lompat dari pesawat sedang bergerak

PESAWAT United Express dikendalikan oleh hab penerbangan udara Amerika di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX). -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 LOS ANGELES: Seorang penumpang terpaksa dibawa ke hospital selepas melompat keluar daripada pesawat yang sedang bergerak di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles. 

Menurut lapangan terbang itu dan SkyWest, pesawat United Express sedang berlepas dari pintu pagar selepas pukul 7 malam. 

Ketika itu, lelaki itu cuba memecah masuk ke ruangan kokpit, namun tidak berjaya sebelum dia membuka pintu lain dan melompat ke bawah laluan kecemasan di landasan. 

Lelaki itu berjaya ditahan polis dan mengalami beberapa kecederaan.

Kapal terbang yang sepatutnya berlepas ke bandar Salt Lake terpaksa berpatah semula ke pintu pelepasan akibat kejadian itu. 

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden gangguan kedua yang berlaku dalam tempoh dua hari di lapangan terbang itu. 

Khamis lalu, seorang pemandu merempuh pagar berantai di sebuah kemudahan kargo FedEx dan menuju ke lapangan terbang. -AP 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya