Pengantin jemput anak yatim hadiri majlis perkahwinan - Utusan Malaysia

Pengantin jemput anak yatim hadiri majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sepasang pengantin menjadi tular dalam media sosial kerana memberi sumbangan kepada sejumlah anak yatim yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Pasangan pengantin itu, Restya Nur Hidayat dan Welly Novanda Kusuma melangsungkan perkahwinan pada 7 Jun lalu di Kadungora, Garut, Jawa Barat.

Pengantin wanita, Restya memberitahu, sudah lama dia mengimpikan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim ketika majlis perkahwinan.

“Ketika pandemik Covid-19 melanda, semua pihak terjejas dan sehubungan itu, saya ingin kongsikan rezeki dan juga kegembiraan bersama golongan yang memerlukan pada hari bahagia saya,” katanya kepada Tribunnews.

Malah, Restya dan keluarganya tidak mahu menerima duit yang disumbangkan oleh para tetamu dalam majlisnya.

Jelas wanita itu, keluarganya turut menyokong niat murninya untuk bersedekah kepada anak-anak yatim.

Selain itu, penampinan Restya dan suaminya dalam majlis tersebut juga disifatkat bersahaja dan tidak berlebihan.

Restya sendiri disoleh oleh adiknya berdasarkan video dalam Youtube. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya