Pengantin cukur kepala isteri sampai botak - Utusan Malaysia

Pengantin cukur kepala isteri sampai botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pasangan pengantin baharu nekad mencukur kepala sebagai tanda solidariti terhadap ibu mereka yang menderita akibat kanser.

Daily Mail melaporkan, Jony Lee dan suaminya memuat naik video itu dalam TikTok yang bermula dengan ucapan sebelum suaminya duduk di hadapannya.

“Ibu bapa saya sudah tentu berfikir kami akan melakukan tarian tradisional Filipina dengan melekatkan duit di baju kami bagi mendapatkan lebih banyak duit.

“Sekiranya anda mempunyai wang tunai, kami akan mencukur kepala sebagai tanda solidariti dan apa sahaja wang yang ditinggalkan di hadapan kami akan disumbangkan malam ini,” katanya.

Jony mula mencukur rambut suaminya terlebih dahulu sebelum dia menerima pelukan daripada tetamu yang hadir.

Dia kemudian duduk di kerusi sebelum suaminya mencukur kepalanya sampai botak.

“Kami sayang anda dan mahu menunjukkan tanda solidariti,” katanya kepada ibunya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya