Penduduk terserempak entiti seram berkeliaran - Utusan Malaysia

Penduduk terserempak entiti seram berkeliaran

TANGKAP LAYAR menunjukkan kelibat entiti misteri berkeliaran di Jharkland, Timur India menjadi tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Satu video yang memaparkan kelibat entiti yang pelik dikesan berkeliaran di seberang jalan di Jharkland, timur India, menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Daily Star, kejadian itu sekali gus mencetuskan situasi panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk Jharkland.

Dalam klip video tersebut, makhluk aneh itu dilihat sedang berjalan di atas sebuah jambatan baharu dibina berhampiran Empangan Chadwa di Hazaribagh pada waktu malam.

Entiti menyeramkan itu memiliki lengan dan kaki panjang, kulit berwarna putih pucat dan bentuk badan yang sangat kurus.

Rakaman video itu turut menunjukkan beberapa penunggang motosikal di jambatan itu bertindak melarikan diri selepas terserempak dengan entiti tersebut.

“Entiti itu pula berhenti dan merenung mereka sebelum berjalan semula dengan perlahan,” jelas laporan itu.

Rata-rata saksi yang ditemui mendakwa entiti seram itu mungkin merupakan hantu, ahli sihir atau makhluk asing.

Video yang dimuat naik di laman Twitter itu ditonton lebih 5,000 kali.

Klip video itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet sama ada kelibat misteri itu benar atau palsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya