Penduduk Palestin diseru halang perarakan bendera Israel malam ini - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin diseru halang perarakan bendera Israel malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Aktivis Palestin menyeru penduduk menghalang Perarakan Bendera yang akan diadakan di Tebing Barat, hari ini.

Perarakan itu dijadualkan berlangsung pada pukul 4.30 petang (9.30 malam waktu Malaysia).

Penduduk di penempatan haram Israel tidak serik-serik setelah mencetuskan kontroversi semasa Perarakan Bendera dengan menghina bangsa Arab dan mencela Nabi Muhammad, minggu lalu.

“Hanya api yang dapat melawan api. Kami akan melangkah sejengkal demi sejengkal sehingga sampai ke penempatan penjajah,” kata jurucakap Hamas.

Dalam masa sama, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett memberi amaran kepada pejuang Hamas bahawa tahap kesabaran tentera Zionis sudah berakhir dan mereka tidak akan bertoleransi lagi.

Sementara itu, Ketua Kesatuan Sekerja, Sami Al-Amasi mengesahkan sebanyak 20 kilang musnah dan 5,000 penduduk hilang pekerjaan selepas serangan rejim Israel selama 11 hari di Semenanjung Gaza.

Katanya, tentera Israel berniat menyasarkan sektor ekonomi penting dan syarikat besar yang terletak di bangunan tinggi.

Disebabkan itu, Sami menggesa negara Arab, Islam dan kesatuan perdagangan antarabangsa memberi sokongan kepada penduduk Palestin kerana mereka berdepan situasi sukar selepas serangan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya