Penduduk AS, Kanada bagai ‘dipanggang’ dalam cuaca panas melampau - Utusan Malaysia

Penduduk AS, Kanada bagai ‘dipanggang’ dalam cuaca panas melampau

SEORANG kanak-kanak perempuan bermain dalam air pancut di sebuah taman di Washington, susulan gelombang haba yang melanda Amerika Syarikat dan Kanada. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Sejumlah sekolah dan pusat pemberian vaksin (PPV) ditutup buat sementara waktu, selain lebih ramai penduduk berkunjung ke pusat penyejukan ketika barat Kanada dan beberapa bahagian di barat Amerika Syarikat (AS) terus dilanda gelombang haba kritikal.

Lytton di British Columbia memecah rekod suhu di Kanada dengan 47.5 darjah Celsius, sehari selepas kawasan perkampungan itu mencatatkan suhu setinggi 46.6 Celsius.

Suhu di sebahagian besar kawasan Barat Laut Pasifik AS seperti di Portland, Oregon dan Seattle, Washington juga dilaporkan luar biasa.

Portland mencatatkan suhu setinggi 46.1 darjah Celsius, manakala Oregon pula merekodkan suhu 42.2 Celsius.

Pakar iklim di Kementerian Alam Sekitar Kanada, David Phillips menyifatkan cuaca panas ketika ini amat melampau, malah Dubai mungkin lebih sejuk.

“Suhu panas ketika ini sama seperti di kawasan gurun, kering dan sangat panas.

“Kanada merupakan negara kedua yang paling sejuk dan banyak salji di dunia. Kami sering berdepan dengan ribut salji dan amat jarang kami bimbang dengan suhu panas seperti ini,” katanya.

Gelombang haba yang melanda AS dan Kanada ketika ini diburukkan dengan kemarau, menyaksikan kebakaran hutan seluas 600 hektar berlaku di sempadan California-Oregon.

Dalam pada itu, kebanyakan penduduk di Seattle mula mengunjungi pusat penyejukan bagi mengharungi gelombang haba yang berlaku,

Cuaca di Seattle kebiasaanya sejuk dan lembap, menyaksikan penduduknya tidak mempunyai alat pendingin hawa.

 

Lebih panas, bahaya

Penjualan kipas angin dan pendingin hawa di kebanyakan kedai di Kanada dilaporkan semakin laku, selain kumpulan sukarelawan mengedarkan air botol dan topi kepada penduduk.

Di Vancouver, pihak berkuasa membina air pancut buatan bagi sementara waktu, manakala orang ramai memenuhi kolam renang dan pantai.

Ada juga penduduk terpaksa tidur di dalam kereta dan memasan pendingin hawa susulan tidak mempunyai kemudahan itu di rumah mereka.

Kementerian Alam Sekitar Kanada mengeluarkan amaran gelombang haba yang lebih kritikal di beberapa bahagian termasuk British Columbia, Alberta, Saskatchewan, Manitoba, Yukon dan Wilayah Barat Laut.

“Semua penduduk dinasihatkan supaya duduk di dalam tempat yang berhawa dingin, elakkan aktiviti luar sehingga keadaan kembali stabil,” jelas kementerian itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya