Pembunuh George Floyd dipenjara 22 tahun - Utusan Malaysia

Pembunuh George Floyd dipenjara 22 tahun

DEREK CHAUVIN digari oleh polis selepas didapati bersalah terhadap kes pembunuhan George Floyd di Mahkamah Daerah County Hennepin, Minnesota. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNEAPOLIS: Bekas anggota polis yang didakwa membunuh lelaki kulit hitam, George Floyd dihukum penjara selama 22 tahun dan setengah tahun bermula semalam.

Derek Chauvin didapati bersalah atas tuduhan melakukan pembunuhan tahap kedua dan tahap ketiga serta menyebabkan kematian Floyd, tahun lalu.

Hakim Peter Cahill berkata, hukuman yang dijatuhkan bukan berdasarkan emosi atau simpati.

Katanya, adalah amat penting untuk merasai kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga Floyd dan mengakui kesedaran global mengenai kes ini.

“Saya tidak menjatuhkan hukuman berdasarkan pandangan awam. Alasan penghakiman sudah dijelaskan dalam keputusan kes setebal 22 muka surat.

“Tugas hakim mahkamah perbicaraan adalah menerapkan undang-undang pada fakta tertentu dalam menangani sesebuah kes,” katanya.

Barisan juri dianggotai 12 orang mendapati Chauvin, 45, bertanggungjawab dalam kematian Floyd selepas mengambil kira keterangan daripada 45 saksi termasuk pemerhati, pegawai polis dan pakar perubatan.

Floyd, 46, meninggal dunia selepas Chauvin berlutut atas lehernya selama hampir sembilan minit sejurus dia ditahan pada 25 Mei 2020 kerana disyaki terlibat dalam kes penggunaan dokumen palsu di sebuah kedai makanan berdasarkan gambaran imej suspek.

Video kejadian yang dirakam oleh orang awam menjadi tular sekali gus mencetuskan kemarahan hingga berlaku demonstrasi besar-besaran yang bertukar menjadi ganas di AS. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya