NEW YORK: Google melancarkan aplikasi Work Location Tool bagi membolehkan pekerja mengira sendiri jumlah bayaran dan manfaat yang diterima semasa bekerja di luar pejabat.
Aplikasi baharu itu juga membolehkan pekerja mengetahui lokasi mereka bekerja yang akan mempengaruhi gaji mereka sendiri.
Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai berkongsikan rancangan mengenai model kerja secara hibrid.
Katanya, kaedah itu hanya memerlukan pekerja memasuki pejabat selama tiga hari seminggu dan dua hari bekerja dari mana-mana tempat yang disukai.
Bagaimanapun, model bekerja itu hanya terpakai di kawasan yang merekodkan kadar jangkitan wabak Covid-19 yang rendah.
Pekerja Google di negara seperti India dan Brazil masih diarahkan bekerja dari rumah. -AGENSI