KHARKIV: Sepasang kekasih yang kononnya mengunci diri bersama pada Februari lalu untuk menguji cinta mereka akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.
Viktoria Pustovita, 29, dan Alexander Kudlay, 33, dikunci bersama selama 123 hari.
Namun, sebaik sabaha kunci dan rantai itu dibuka di Kiev, pasangan itu ‘tidak sabar’ untuk berpisah.
“Saya ingin hidup sendiri dan buat apa yang saya suka. Akhirnya saya bebas,” kata Pustovita.
Rasa lega juga diungkapkan oleh Kudlay yang menyifatkan tindakan tersebut (mengunci diri bersama) amat memenatkan.
Bekas pasangan kekasih itu juga memaklumkan, mereka akhirnya sedar tentang hasrat serta impian masing-masing.
“Setelah mengunci diri bersama, kami akhirnya faham bukan semua perkara boleh dilakukan bersama kerana masing-masing mempunyai impian tersendiri,’ jelas pasangan tersebut.
Antara masalah yang sering menjadi isu kepada pasangan tersebut, termasuk ketika menggunakan tandas dan memakai alat solek. – AGENSI