Oman kesan tiga kes jangkitan kulat hitam - Utusan Malaysia

Oman kesan tiga kes jangkitan kulat hitam

OMAN melaporkan lebih 238,500 kes jangkitan dan 2,565 kematian akibat Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT: Beberapa doktor di Oman mengesan tiga kes mukormikosis atau dikenali sebagai jangkitan `kulat hitam’ di negara tersebut.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Kesihatan memaklumkan tiga pesakit Covid-19 dijangkiti mukormikosis, wabak sama yang berlaku di India.

Meskipun agak jarang berlaku, jangkitan kulat hitam itu mencetuskan kebimbangan bahawa lonjakan kes berkaitan keadaan itu boleh menyukarkan lagi usaha memerangi pandemik Covid-19.

Setakat ini, tiada maklumat terperinci berhubung keadaan tiga pesakit dijangkiti mukormikosis.

Ia merupakan kes pertama dikesan di Semenanjung Arab.

Setakat ini, Oman melaporkan lebih 238,500 kes jangkitan dan 2,565 kematian akibat Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya