New Zealand dilanda gegaran gempa bumi - Utusan Malaysia

New Zealand dilanda gegaran gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) melaporkan kejadian gempa bumi berukuran 6.7 skala Richter di kepulauan Kermadec.

Dilaporkan tiada sebarang ancaman gelombang Tsunami susulan gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.06 petang waktu New Zealand.

Kepulauan itu kebanyakannya tidak berpenghuni dan terletak 1,000 kilometer (km) di timur laut New Zealand.

Negara itu terdedah dengan gempa bumi kerana berdekatan dengan Ring of Fire di Lautan Pasifik.

Gegaran kebiasaan berlaku disebabkan oleh pergerakan tektonik di sempadan Australia dan Pasifik.

April lalu, gempa bumi dengan 5.8 skala Richter melanda pantai timur Pulau Utara di New Zealand. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya