MASSACHUSETTS: Seorang nelayan udang kara menceritakan detik-detik cemas bagaimana dia berjaya melepaskan diri dari ditelan ikan paus di Provincetown, Massachusetts.
BBC melaporkan, Michael Packard berkata, dia sedang menyelam di dalam laut dan berada hampir dengan mulut ikan itu dalam tempoh 30 hingga 40 saat.
Lelaki berusia 56 tahun itu sudah 40 tahun menceburkan diri sebagai penyelam di Cape Cod.
Packard memberitahu Cape Cod Times, sebelum kejadian dia menyelam mencari udang kara di pesisir timur laut itu.
“Tiba-tiba, saya melihat seperti ada lubang besar berwarna hitam.
“Ketika itu, saya berada pada kedalaman 10 meter di bawah permukaan laut dan pada mulanya menganggap diserang jerung.
“Namun, melihat kepada mulut haiwan itu, dia sedar ia bukan jerung kerana bilangan gigi yang tidak sama,” katanya.
Ikan paus Humpback boleh membesar sehingga 15 meter panjang dengan berat mencecah 36 tan.