Negara miskin ‘termenung kenang nasib’ - Utusan Malaysia

Negara miskin ‘termenung kenang nasib’

PETUGAS mengeluarkan peti simpanan yang mengandungi vaksin Covid-19 sumbangan program COVAX di Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato di Antananarivo, Madagascar pada Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sejumlah besar negara berpendapatan rendah yang menerima bekalan dos vaksin Covid-19 menerusi program COVAX tidak mampu meneruskan vaksinasi susulan bekalan tidak mencukupi.

Penasihat Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Bruce Aylward berkata, program COVAX sudah menghantar 90 juta dos vaksin kepada 131 negara.

Namun, beliau menegaskan jumlah itu tidak mencukupi untuk melindungi populasi daripada ancaman Covid-19 yang masih menular di seluruh dunia.

“Sekurang-kurangnya separuh daripada 80 negara miskin yang terlibat dalam COVAX tidak mempunyai bekalan vaksin mencukupi untuk meneruskan program vaksinasi.

“Ada negara terpaksa menggunakan alternatif yang tidak sepatutnya, termasuk membayar melebihi nilai pasaran untuk mendapatkan vaksin,” katanya.

Uganda, Zimbabwe, Bangladesh dan Trinidad dan Tobago merupakan antara negara yang melaporkan bekalan vaksin sudah habis sejak beberapa hari lalu.

Kekurangan bekalan vaksin itu menyaksikan beberapa negara di Afrika berdepan dengan gelombang ketiga jangkitan koronavirus.

Semalam, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menggesa negara-negara kaya supaya berhenti memonopoli bekalan vaksin kerana kerajaannya bertungkus-lumus menangani peningkatan kes jangkitan yang mendadak.

Katanya, hanya 40 juta dos vaksin sudah diberikan di Afrika iaitu kurang daripada dua peratus jumlah populasi.

Program COVAX diwujudkan pada tahun lalu bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 dapat diedarkan di seluruh dunia, menyaksikan negara kaya menyumbang bekalan kepada negara berpendapatan rendah.

COVAX yang dikendalikan oleh WHO menyasarkan untuk menyediakan dua bilion dos vaksin di seluruh dunia menjelang hujung 2021.

WHO berharap, menerusi program tersebut, sekurang-kurangnya 20 peratus populasi negara berpendapatan rendah dapat dilindungi daripada Covid-19.

 

Terlalu perlahan

Ketika negara maju berjanji mahu menyumbang sejumlah bekalan vaksin kepada negara yang memerlukan, pelbagai pihak manzahirkan rasa tidak yakin dengan ‘cita-cita’ tersebut.

Hal ini kerana, ada pihak beranggapan negara Barat tidak serius menangani pandemik Covid-19, selain sumbangan vaksin yang disifatkan terlalu perlahan.

Beberapa pakar kesihatan pula berpandangan, mungkin mengambil masa selama beberapa bulan sehingga bertahun untuk memastikan semua penduduk dunia menerima suntikan vaksin lengkap, sekali gus mengakhiri pandemik Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya