BRUSSELS: Mesyuarat sidang kemuncak pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels memberi peringatan terhadap ancaman ketenteraan oleh China dengan menyifatkan sebagai ‘cabaran sistematik’.
BBC melaporkan, China dalam usaha membangunkan senjata nuklearnya dan bekerjasama dengan Rusia dalam bidang ketenteraan.
Setiausaha Agong NATO, Jens Stoltenberg memberi amaran bahawa China berusaha ‘mendekati’ NATO dalam aspek ketenteraan dan teknologi.
Katanya, pakatan itu tidak mahu melancarkan Perang Dingin baharu dengan China.
NATO adalah pakatan politik dan ketenteraan yang kuat antara 30 negara Eopah dan Amerika Utara.
Pakatan itu dibentuk selepas Perang Dunia Kedua sebagai tindak balas terhadap ancaman pengembangan pengaruh komunis.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) berkata, NATO sangat penting untuk AS dan pakatan itu mempunyai ‘kewajipan suci’ untuk mematuhi Artikel 5 perjanjian penubuhannya yang mengikat negara anggota untuk saling mempertahankan diri daripada serangan.
Ditanya mengenai pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putih di Geneva, esok, beliau menggambarkan Putin sebagai ‘musuh yang layak’.