NASA bakal kaji UFO yang dikesan tentera AS - Utusan Malaysia

NASA bakal kaji UFO yang dikesan tentera AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan melakukan kajian mengenai fenomena objek terbang tidak dikenal pasti (UFO).

Lapor Mirror, Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata, pihaknya akan membenarkan pasukan saintisnya meneroka objek berkelajuan tinggi tidak dikenali itu yang dikesan di atmosfera Bumi.

Dilaporkan, objek tersebut dikesan oleh juruterbang jet pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) selama beberapa tahun.

“Kami tidak tahu sama ada ia dari luar angkasa atau musuh.

“Kami rasa ia bukan fenomena optik berdasarkan ciri-ciri yang digambarkan oleh juruterbang jet pejuang tentera AS. Jadi, kami ingin mengkaji untuk mengetahuinya,” kata Nelson kepada CNN.

Jelas Nelson, beliau kini dalam proses menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi membenarkan saintis NASA mengkaji pelbagai aspek objek tidak dikenali itu.

Bulan lalu, bekas Presiden AS, Barack Obama menerusi rancangan The Late Show with James Corden mengakui percaya dengan kewujudan UFO.

Dalam rancangan tersebut, Obama ditanya pelbagai soalan termasuk mengenai kewujudan makhluk asing.

Obama secara berseloroh menjelaskan bahawa tiada kajian spesifik dilakukan berhubung spesimen makhluk asing dan objek terbang di AS.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya dengan kehadiran objek itu tanpa dapat memberi penjelasan yang konkrit.

Malah, beliau memberitahu, terdapat rekod dan rakaman video objek tidak dikenali yang masih tidak dapat dijelaskan oleh AS. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya