'Muhammad' nama bayi lelaki paling banyak dipilih di UK - Utusan Malaysia

‘Muhammad’ nama bayi lelaki paling banyak dipilih di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Laman web Baby Centre merekodkan nama ‘Muhammad’ paling banyak dipilih untuk bayi lelaki di United Kingdom (UK) tahun ini.

Lapor Mirror, bagi bayi lelaki nama seperti Thomas dan George kerap menjadi pilihan selain nama berunsurkan agama seperti Gabriel.

Laman web itu menyenaraikan 100 nama teratas bagi bayi lelaki dan perempuan yang menjadi pilihan oleh penduduk UK.

Bagi bayi perempuan, nama ‘Lily’ berada di kedudukan teratas diikuti nama Amelia dan Sophia.

Malah, Putera Harry dan Meghan Markle yang baru dikurniakan cahaya mata kedua baru-baru ini, turut menamakan anak mereka dengan Lilibet Diana atau singkatannya Lily.

Berikut merupakan senarai nama bayi lelaki paling banyak dipilih bagi 2021:

1. Muhammad

2. Noah

3. Oliver

4. Theo

5. George

Bayi perempuan:

1. Lily

2. Amelia

3. Sophia

4. Olivia

5. Ava

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya