NEW DELHI: Sebuah video tular dalam media sosial menunjukkan seekor monyet menaiki kereta api Delhi Metro bersama penumpang lain.
Menerusi paparan video itu, monyet berwarna coklat itu dilihat berkeliaran di dalam gerabak sebelum memilih untuk duduk di sebelah seorang penumpang.
Monyet itu bagaimanapun kelihatan jinak dan tidak menyerang penumpang yang berada di dalam tren.
Delhi Metro Rail Corporation (DMRC) belum mengesahkan kejadian itu dan meminta butiran lanjut daripada penumpang.
“Hai, terima kasih kerana menghubungi kami. Sila sertakan nombor gerabak dan stesen bagi tindakan lanjut,” respons DMRC dalam ciapan Twitter. -AGENSI
*दिल्ली मेट्रो में आनन्द विहार से द्वारका वाली में बन्दर घुस आया। बन्दर का शानदार सफर।*@OfficialDMRC @DELHIMETRO pic.twitter.com/AZpk7pS49a
— Paramjit Dhillon (@Paramjitdhillon) June 20, 2021