LONDON: Selepas gambarnya berpelukan sambil mencium dengan seorang wanita tular baru-baru ini, Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock memberitahu isterinya bahawa perkahwinan mereka sudah ‘berakhir’.
Menurut sumber, Hancock memberitahu anak-anaknya bahawa beliau dan ibu mereka, Martha akan bercerai tidak lama lagi.
Pasangan itu sebelum ini disifatkan sebagai suami isteri paling ‘stabil dan bahagia’
Selain itu, Martha difahamkan berasa terlalu terkejut dengan kecurangan suaminya dan masih berdiam diri hingga kini.
Hancock dan isterinya sudah berkahwin selama 15 tahun dan mereka dikurnikan tiga orang anak.
Seorang rakan kapada pasangan suami isteri itu memberitahu, hubungan mereka mula dingin sejak 2019.
Terdahulu, Hancock akur dengan desakan pelbagai pihak mendesaknya meletak jawatan.
Beliau dilaporkan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Boris Johnson. – AGENSI
Kisah kecurangan Hancok mendapat liputan meluas daripada pelbagai media di Britain.