Mayat kelima ditemukan bawah runtuhan kondominium Florida - Utusan Malaysia

Mayat kelima ditemukan bawah runtuhan kondominium Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURFSIDE: Jumlah korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada lima orang ketika pasukan kecemasan terus berharap dapat menemukan lebih banyak mangsa terselamat.

Datuk Bandar Miami-Dade, Daniella Levine Cava memberitahu, mayat mangsa kelimat itu ditemukan di bawah runtuhan.

“Tiga identiti mangsa yang maut sudah dikenal pasti oleh keluarga mereka dan jumlah mangsa hilang kini menurun kepada 156 orang dan lima kematian disahkan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) disifatkan berjalan terlalu perlahan biarpun insiden sudah berlaku lebih dua hari.

Pasukan keselamatan sebelum ini berdepan kesukaran untuk melakukan SAR susulan kebakaran yang berlaku serta asap tebal menyelubungi lokasi kejadian.

Datuk Bandar Surfside, Charles Burkett berkata, pasukan keselamatan tidak mempunyai masalah sumber dan menyifatkan mereka belum ‘bernasib baik’ untuk menemukan lebih ramai mangsa.

“Kami akan terus berusaha mencari dan menyelamat mangsa dari runtuhan bangunan ini,” ujarnya.

Proses SAR yang perlahan juga mengecewakan ahli keluarga mangsa yang terus sabar menunggu berita mengenai insan tersayang mereka. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya