Maut dihempap pokok tumbang ketika tunggu rakan ziarah kubur - Utusan Malaysia

Maut dihempap pokok tumbang ketika tunggu rakan ziarah kubur

KEADAAN kereta mangsa yang remuk akibat dihempap pokok tumbang di Boyolali, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOYOLALI: Seorang lelaki maut selepas keretanya ditimpa pokok tumbang di Desa Kukuh, Boyolali semalam.

Lapor Tribunnews, ketika kejadian, hujan renyai serta angin kencang melanda kawasan berkenaan dan mangsa yang dikenali sebagai Cahyo Suryanto, 44, menunggu rakannya menziarahi kubur.

Angin kencang itu menyebabkan pokok dengan ketinggian 100 meter tersebut tumbang dan menghempap kereta yang dinaiki mangsa.

Jurucakap polis, Markojo memberitahu, kereta mangsa remuk akibat dihempap pokok tumbang tersebut, selain dua pejalan kaki turut cedera dalam insiden berkenaan.

“Penduduk yang cedera dan jenazah Cahyo sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, penjaga kubur, Surip memberitahu, Cahyo sebelum itu pernah memberitahunya dia ingin memebangunkan masjid berhampiran tanah perkuburan.

“Cahyo sudah meminta izin saya untuk bina masjid sejak sebulan lalu dan tidak sangka kejadian ini menimpanya,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya