Malaysia hantar pulang ahli teori konspirasi Perancis paling dikehendaki - Utusan Malaysia

Malaysia hantar pulang ahli teori konspirasi Perancis paling dikehendaki

REMY DAILLET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Polis Perancis menahan seorang ahli teori konspirasi berhubung penculikan kanak-kanak berusia lapan tahun, April lalu.

Remy Daillet diberkas sejurus tiba di Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle selepas melakukan penerbangan dari Singapura.

Dia sebelum ini tinggal di Malaysia dan menaiki pesawat Air France bersama seorang wanita mengandung serta tiga anak.

Kanak-kanak perempuan itu dikenal pasti sebagai Mia diculik sejak pertengahan April lalu dari rumah neneknya di timur Perancis.

Beberapa lelaki diupah oleh ibunya sendiri untuk menculik budak tersebut.

Pasukan penyiasat mempercayai penculikan itu didalangi oleh kumpulan ekstremis yang diketuai oleh Daillet.

Daillet, 54, dan keluarganya diberkas hujung Mei lalu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas visanya tamat tempoh.

Dia kemudian dihantar pulang ke Perancis. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya