Majikan bagi tempat tinggal dipenuhi tikus - Utusan Malaysia

Majikan bagi tempat tinggal dipenuhi tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mendakwa hanya diberikan tempat tinggal oleh majikannya dalam sebuah bilik di sebuah pangsapuri di Gladstone House, Merton yang dipenuhi tikus.

Louise Plunkett, 34, merupakan antara 350,000 individu yang diuruskan tempat tinggal oleh Clarion yang mempunyai 125,000 hartanah di 170 kawasan.

Wanita berusia 34 tahun itu terpaksa tidur di atas sofa sejak sembilan bulan lalu dengan dokumen penting di sebelahnya dan menyimpan bajunya dalam beg hitam daripada digigit tikus.

Katanya, setiap pagi dia akan melihat banyak kesan kotoran dan air kencing tikus di kawasan sinki dan bilik air.

Dia juga terpaksa menyimpan makanan di kawasan rak paling tinggi sehingga situasi itu sudah menjadi normal dalam kehidupan sehariannya.

Jurucakap Clarion membuat permohonan maaf kepada penduduk dan berjanji akan membayar ganti rugi berhubung perkhidmatan yang buruk itu. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya