Loji tenaga nuklear Iran ditutup sementara - Utusan Malaysia

Loji tenaga nuklear Iran ditutup sementara

LOJI tenaga nuklear Bushehr,Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Satu-satunya loji tenaga nuklear Iran dilaporkan ditutup untuk sementara waktu tanpa penjelasan lanjut diberikan, lapor beberapa stesen televisyen tempatan.

Seorang pegawai syarikat bekalan elektrik Tavanir, Gholamali Rakhshanimehr dalam program temu bual mengesahkan loji Bushehr telah ditutup pada Sabtu lalu.

Katanya, loji yang terletak di bandar pelabuhan Bushehr akan ditutup selama tiga hingga empat hari.

Tanpa memberi penjelasan lanjut, Rakhshanimehr berkata, gangguan elektrik boleh berlaku akibat penutupan loji tersebut.

Ini kali pertama Iran mengumumkan penutupan loji Bushehr secara tiba-tiba.

Semalam, syarikat Tavanir menerusi kenyataan memaklumkan kerja baik pulih sedang dijalankan di loji nuklear itu, tanpa memperincikan butiran.

Jelas kenyataan itu, kerja baik pulih dijangka berakhir pada Jumaat ini. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya