Lima maut bangunan sekolah di Belgium runtuh - Utusan Malaysia

Lima maut bangunan sekolah di Belgium runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Seramai lima pekerja maut selepas bangunan sekolah yang masih dalam pembinaan runtuh di bandar Belgian di Antwerp.

Sembilan mangsa lain pula mengalami kecederaan, manakala, tiga individu masih berada dalam unit rawatan rapi.

Jabatan Bomba Antwerp memaklumkan dua mayat terakhir ditemukan tengah hari semalam dalam runtuhan yang melibatkan sebahagian tapak pembinaan bangunan itu.

Pihak polis pula mendedahkan dua mayat berasal dari Portugal dan Romania, sementara, mayat lain belum dapat disahkan identiti mereka.

Bagaimanapun, tiada kehadiran pelajar di sekolah itu semasa kejadian kerana bangunan itu masih dalam pembinaan.

Punca runtuhan masih dalam siasatan dan semua mangsa adalah subkontraktor dari firma Democo dan Belga. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya