MASSACHUSETTS: Seorang lelaki tidak sengaja tertembak rakannya pada leher selepas menunjukkan pistol yang baru dibelinya.
Alec Augustino Braz, 22, menyebabkan rakannya yang berusia 19 tahun cedera parah dan dikejarkan ke hsopital.
Sehubungan itu, Braz ditahan polis dan lelaki itu disabit dengan beberapa kesalahan lain dan kesemuanya berkaitan dengan senjata api.
Sebelum itu, lesen memiliki senjata apinya pernah ditarik susulan trlibat dalam beberapa serangan.
Menurut polis, Braz menunjukkan pistol yang baru dibelinya kepada rakannya di rumahnya pada Sabtu lalu sebelum tidak sengaja menembak mangsa.
Mangsa dibawa ke hospital oleh seorang lagi rakan mereka dan keadannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, pistol milik Braz turut dirampas polis. – AGENSI