Lelaki menyamar pengantin perempuan untuk ganti tempat kekasih - Utusan Malaysia

Lelaki menyamar pengantin perempuan untuk ganti tempat kekasih

TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki menyamar sebagai pengantin perempuan di Bhadohi, utara India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pengantin perempuan hanya kerana ingin menghalang kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain.

Lapor Mirror, satu video menunjukkan lelaki itu lengkap mengenakan busana pengantin dan memakai alat solek.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bhadohi, utara India apabila pengantin perempuan sebenar bakal dikahwinkan dengan lelaki lain.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain dan sanggup mengambil tempatnya sebagai ‘pengantin perempuan’.

Namun, perbuatannya terbongkar selepas para tetamu mencurigai gerak -gerinya yang pelik sebelum memukul lelaki itu beramai-ramai.

Para tetamu menarik rambut palsu lelaki tersebut, namun dia sempat melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian.

Sehingga kini polis belum melakukan sebarang tangkapan dan lelali itu terus menjadi buruan pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya