Lelaki berjalan kaki 27 kilometer setiap hari ke tempat kerja - Utusan Malaysia

Lelaki berjalan kaki 27 kilometer setiap hari ke tempat kerja

DONTE FRANKLIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OKLAHOMA: Seorang lelaki yang berjalan kaki sejauh 27 kilometer sehari ke tempat kerja dihadiahkan sebuah basikal dan kini dalam proses belajar untuk mengambil lesen memandu.

Donte Franklin, 20, turut menerima wang sumbangan sebanyak AS$26,000 (RM108,283) daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasibnya dan meminta lelaki itu menggunakan wang terbabit untuk membeli kereta.

Franklin perlu keluar rumah seawal tiga jam setiap hari bagi memastikan dia sempat sampai ke tempat kerjanya.

“Saya tidak kisah jika penat, saya cuma perlu teruskan apa yang lakukan dan setakat ini, saya tidak prnah terlewat ke tempat kerja,” katanya.

Nasib Franklin mula berubah pada minggu lalu selepas seorang lelaki yang dikenali sebagai Michael Lynn ternampaknya berjalan di bawah matahari terik dan menumpangkannya.

Lynn kemudiannya memuat hantaran dalam media sosial mengenai kisah Franklin dan lelaki itu mula menerima bantuan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya