Lebih sejuta vaksin Covid-19 sudah diberikan di Zimbabwe - Utusan Malaysia

Lebih sejuta vaksin Covid-19 sudah diberikan di Zimbabwe

PETUGAS kesihatan disemburkan dengan pembasmi kuman sebelum memulakan program vaksinasi Covid-19 di sebuah pusat kesihatan di Zimbabwe. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Kementerian Kesihatan Zimbabwe memaklumkan lebih sejuta dos vaksin Covid-19 sudah diagihkan di seluruh negara.

Lapor BBC, setakat ini, seramai 666,786 penduduk telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 335,679 lagi mendapat suntikan dos kedua.

Data dari Kementerian Kesihatan itu disiarkan dalam akhbar milik kerajaan, Herald.

Dilaporkan, pengagihan vaksin Covid-19 itu kebanyakannya melibatkan vaksin keluaran China, Sinopharm.

Beberapa laporan media mendakwa negara itu mengalami kekurangan bekalan vaksin Covid-19.

Namun, kementerian kesihatan menegaskan negara itu masih mempunyai lebih 700,000 dos vaksin dan menjangkakan akan menerima 500,000 dos lagi.

Setakat ini, Zimbabwe melaporkan lebih 38,000 kes jangkitan dan kira-kira 1,500 kematian akibat Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya