Lebih lima juta orang jadi jutawan pada tahun lalu - Utusan Malaysia

Lebih lima juta orang jadi jutawan pada tahun lalu

KENAIKAN harga rumah antara faktor membantu meningkatkan kekayaan penduduk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih lima juta orang dilaporkan menjadi jutawan di seluruh dunia pada tahun lalu.

Perkara itu meskipun kesan pandemik Covid-19 melumpuhkan persekitaran ekonomi seluruh dunia.

Lapor BBC, bank pelaburan antarabangsa Credit Suisse mendapati bilangan orang menjadi jutawan meningkat daripada 5.2 juta kepada 56.6 juta di peringkat global.

Pada tahun lalu, lebih satu peratus orang dewasa di seluruh dunia menjadi jutawan buat pertama kali.

Jelas para penyelidik, pemulihan pasaran saham dan kenaikan harga rumah membantu meningkatkan kekayaan golongan tersebut.

Seorang penyelidik berkata, hasil kekayaan itu dilihat `terlepas sepenuhnya’ daripada kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Pakar ekonomi dan penulis laporan Global Wealth, Anthony Shorrocks berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia memberi kesan jangka pendek terhadap pasaran global.

Namun, katanya, situasi itu sebahagian besar berubah drastik pada akhir bulan Jun 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya