Lebih dua bilion vaksin Covid-19 digunakan di seluruh dunia - Utusan Malaysia

Lebih dua bilion vaksin Covid-19 digunakan di seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lebih dua bilion vaksin Covid-19 sudah diberikan kepada populasi di seluruh dunia.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh AFP, jumlah itu direkodkan enam bulan selepas kempen vaksinasi pertama menentang Covid-19 bermula.

Sekurang-kurangnya 2,109,696,022 suntikan vaksin sudah diberikan di 215 negara dan wilayah.

Israel masih menjadi wilayah teratas paling cepat melakukan program vaksinasi dengan hampir enam daripada 10 penduduknya sudah menerima suntikan vaksin.

Kedudukan itu diikuti oleh Kanada (59 peratus sudah menerima satu dos suntikan), United Kingdom (58.3 peratus), Chile (56.6 peratus), dan Amerika Syarikat (51 peratus).

Selain itu, enam daripada 10 suntikan sudah diberikan di tiga negara dengan penduduk paling padat iaitu China (704.8 juta), AS (296.9 juta) dan India (221 juta).

Hampir empat daripada 10 penduduk di Kesatuan Eropah juga sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan dengan Jerman mendahului (43.6 peratus), diikuti Itali (40 peratus), Perancis dan Sepanyol (39.4 peratus).

Sementara itu, hanya enam negara belum memulakan program vaksinasi iaitu Korea Utara, Haiti, tanzania, Chad, Burundi dan Eritrea. – AFP

“Peperangan mulut antara kedua-dua pihak berlaku, malah orang ramai yang berada di sekitar turut ‘menyertai’ pergaduhan itu.

“Akibatnya, ada yang cedera dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya.

Sementara itu, polis memaklumkan pelanggan dan pemilik restoran itu sudah pun membuat laporan polis dan siasatan teliti akan dijalankan segera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya