Lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan kondominium Miami - Utusan Malaysia

Lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan kondominium Miami

BANGUNAN kondominium 12 tingkat Champlain Towers South di Miami, Florida yang runtuh pada 24 Jun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat mangsa di bawah runtuhan kondominium di Florida dalam tempoh semalaman.

Namun, jumlah penemuan itu tidak akan diumumkan sehingga mendapat kebenaran daripada keluarga mangsa.

Sehingga kini, seramai 12 orang disahkan maut dengan 149 masih hilang dalam insiden yang berlaku sejak Khamis minggu lalu.

Punca kondominium setinggi 12 tingkat itu runtuh masih belum dikenal pasti dan pelbagai pihak berlumba-lumba membuat pelbagai andaian mengenai penyebabnya.

Dalam pada itu, operasi mencari serta menyelamat diteruskan dengan keluarga mangsa terus berharap berlaku ‘keajaiban’ dapat temukan mangsa terselamat.

Sebelum ini, operasi menyelamat dikritik kerana didakwa berlangsung terlalu perlahan. – AFP

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya