Lebih 290 kg emas, wang tunai RM99.3 juta dirampas di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Lebih 290 kg emas, wang tunai RM99.3 juta dirampas di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Pihak Berkuasa Zakat, Cukai dan Kastam Arab Saudi (GAZT) merampas lebih 290 kilogram emas dan wang tunai bernilai hampir SR90 juta (RM99.3 juta) di seluruh negara dalam tempoh 18 bulan sejak awal 2020.

Terbaharu, GAZT merampas wang tunai sebanyak SR2.76 juta (RM3.04 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah trak di Pelabuhan Sempadan al-Batha.

Pengunjung yang memasuki atau keluar dari negara ini yang membawa duit syiling, barang kemas atau sebarang bahan berharga bernilai SR60,000 (RM66,228) atau lebih perlu mengiystiharkannya kepada GAZT.

Jika maklumat yang diberikan palsu atau barangan terbabit tidak diisytiharkan, GAZT akan mengenakan dedna sebanyak 25 peratus daripada nilai barangan berkenaan serta dirampas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya