Lebih 20,000 desak Harry lepaskan gelaran diraja - Utusan Malaysia

Lebih 20,000 desak Harry lepaskan gelaran diraja

RATU BRITAIN, Ratu Elizabeth II bersama Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dalam satu majlis yang diadakan di Istana Buckingham di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 20,000 orang menandatangani petisyen yang mendesak Putera Harry untuk melepaskan gelaran dirajanya.

Duke of Sussex itu kini berdepan dengan gesaan supaya berhenti menjejaskan institusi diraja dan berundur untuk kebaikan semua pihak.

Lapor Mirror, petisyen itu dilancarkan oleh pakar pengkaji keluarga diraja Britain, Lady Colin Campbell yang juga merupakan pengarang buku berjudul ‘Meghan and Harry: The Real Story’.

Campbell memberitahu Daily Star bahawa Harry harus meminta Ratu Elizabeth II untuk meletakkan gelarannya dalam keadaan ‘abeyance’ yang bermaksud tidak digunakan sementara atau digantung. 

“Saya memulakan petisyen ini kerana merasakan ia merupakan perkara betul untuk dibuat. Saya bercakap dengan ramai orang yang turut menganggap tindakan ini betul dan menjadi jalan penyelesaian terbaik.

“Ini juga penyelesaian bermaruah untuk semua pihak berkaitan malah tidak menghina serta melindungi sesiapa. Bagi saya, ini adalah cara paling berperikemanusiaan,” katanya.        

Jelas beliau, melepaskan gelaran diraja dapat melindungi institusi monarki, rakyat Britain dan Harry sekeluarga

Campbell juga percaya Harry dan isterinya, Meghan Markle masih boleh ‘menjual jenama mereka’ tanpa gelaran diraja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya