Lebih 200 UFO dikesan di England ? - Utusan Malaysia

Lebih 200 UFO dikesan di England ?

LEBIH 200 UFO dikesan di Yorkshire, England sejak dua dekad lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 200 objek terbang tidak dikenal pasti (UFO) dilaporkan dikesan di Yorkshire, England sejak dua dekad lalu.

Lapor Daily Star, kejadian terbaharu berlaku tiga minggu lalu selepas seorang penumpang jet merakam objek berbentuk panjang dan seperti cigar terbang berhampiran pesawat mereka yang dalam penerbangan di daerah berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Dave berkata, Yorkshire bertindak bagaikan sebuah magnet yang menarik UFO.

“Sesiapa sahaja yang tidak percaya dengan kewujudan UFO, mereka perlu menghabiskan masa beberapa hari berada di sini untuk memerhati langit,” katanya.

Dave menganggap kehadiran UFO itu mempunyai kaitan dengan dua stesen pendengaran rahsia di RAF Menwith Hill berdekatan Harrogate dan RAF Fylingdales berhampiran Whitby.

Malah, Dave berkata, ramai pakar dalam isu UFO juga percaya objek itu mempunyai kaitan dengan pangkalan tersebut.

“Sebelum ini, pangkalan itu bertindak sebagai stesen beri amaran awal dan pendengaran tetapi saya rasa sesuatu sedang berlaku, jika tidak mengapa terdapat aktiviti UFO,” katanya.

Todmorden yang terletak di West Yorkshire merupakan salah sebuah lokasi penemuan UFO yang terkenal pada tahun 1980 selepas pegawai polis, Alan Godfrey mendakwa melihat objek itu.

Beberapa pengkaji juga mendakwa melihat cahaya, bola api dan objek aneh berbentuk kuda laut di langit di Yorkshire. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya