Lapangan terbang Dubai beroperasi semula Khamis ini - Utusan Malaysia

Lapangan terbang Dubai beroperasi semula Khamis ini

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Dubai akan dibuka semula Khamis ini selepas ditutup selama 15 bulan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai akan beroperasi semula pada Khamis ini selepas ditutup selama 15 bulan akibat pandemik Covid-19.

Menurut pengendali lapangan terbang itu, lebih 40 syarikat penerbangan antarabangsa akan mengalihkan operasi ke terminal berkenaan secara berperingkat yang sebelum itu beroperasi di terminal dua dan tiga.

Terminal satu tersebut mempu menampung kapasiti penumpang tahunan serami 18 juta orang, manakala keseluruhan lapangan terbang itu boleh menerima sehingga 100 juta penumpang setahun.

Pengumuman pembukaan semula lapangan terbang itu dibuat selepas kerajaan Dubai menarik semula larangan kemasukan bagi pengunjung yang berada di Nigeria atau Afrika Selatan dalam tempoh 14 hari terakhir.

Penerbangan langsung dari dua destinasi itu dijangka disambung semula pada Rabu ini.

Penerbangan dari India juga bakal disambung semula dan rakyat negara itu yang mempunyai visa penduduk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dibenarkan masuk dengan syarat sudah menerima dua dos suntikan vaksin yang diluluskan kerajaan Dubai.

Namun, larangan kemasukan terhadap penduduk bukan warganegara yang mengunjungi India dalam tempoh dua minggu lalu akan terus dikuatkuasakan.

Pengunjung dari India perlu menjalani kuarantin di kemudahan yang disediakan sehingga memperoleh keputusan kesihatan terkini. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya