Lapan jam sehari diseksa suami durjana - Utusan Malaysia

Lapan jam sehari diseksa suami durjana

MANGSA membuat laporan polis di unit siasatan jenayah Banyuasin. -TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila didera oleh suami sendiri selama lapan jam sehari tanpa henti di Banyuasin.  

Lapor Tribunnews, wanita itu diseksa dengan dicukur rambutnya sampai botak, dipukul di bahagian muka sehingga lebam di bawah kelopak mata serta bibirnya bengkak.  

Nasib malang itu menimpa Reni yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak enam tahun lalu.

Dia juga melecur pada muka apabila dicucuh dengan puntung rokok sehingga menimbulkan bekas luka di pipi kirinya. 

Tidak cukup dengan itu, suaminya pernah menderanya secara seksual dengan memasukkan objek ke dalam kemaluannya. 

Lebih memeritkan, wanita malang itu pernah disiram dengan minyak tanah di seluruh tubuhnya sebelum suaminya menyalakan api. 

“Sebelum api membakar tubuh, saya dipaksa mengaku berselingkuh dengan lelaki lain barulah dia berhenti menyeksa saya. 

“Suami juga pernah kencing atas badan saya kerana sering menuduh saya curang dengan lelaki lain,” luahnya. 

Pasangan ini asalnya hidup bahagia, namun, suaminya mula berubah perwatakan apabila mencurigai isterinya bersekedudukan dengan lelaki lain tanpa usul periksa. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya