Ladang Australia dibanjiri tikus - Utusan Malaysia

Ladang Australia dibanjiri tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW SOUTH WALES: Setelah bertahun-tahun dilanda kemarau, golongan petani di timur Australia terpaksa berhadapan dengan lambakan tikus yang menyerang kawasan ladang dan merosakkan hasil tanaman.

Kejadian itu ibarat ‘wabak’ baharu yang menimpa golongan petani selepas kebakaran hutan selama berbulan-bulan sejak penghujung 2019 sebelum hujan yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Video binatang perosak itu dengan laporan pesakit hospital digigit tikus, peralatan jentera musnah dan ratusan haiwan itu berkeliaran di atas jalan dikongsikan ke seluruh dunia.

Seorang petani, Col Tink terpaksa menggunakan penyapu untuk menolak ratusan tikus ke arah perangkap industri.

Katanya, itu adalah usaha yang sangat sederhana untuk mengurangkan serangan yang melanda ladangya berhampiran bandar Dubbo dan ribuan ladang lain.

Namun begitu, usaha Tink tidak berhasil kerana tikus masih mengunyah stok biji-bijian dan jerami.

“Ayah saya yang sudah mencecah usia 93 tahun menyifatkan ini adalah tiga tahun terburuk pernah dilihat sepanjang hidupnya.

“Saya juga rasa ini adalah wabak tikus terburuk yang pernah berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya