Kunci tandas Hitler dilelong RM82,140 - Utusan Malaysia

Kunci tandas Hitler dilelong RM82,140

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua batang kunci yang dipercayai digunakan untuk membuka tandas peribadi milik pemimpin Nazi, Adolf Hitler dilelong pada harga 14,000 pound (RM82,140).

Kunci tersebut merupakan antara barangan yang menjadi rebutan antara pembida di Britain dan Jerman, selain pada mulanya kunci itu hanya dapat dilelong pada harga 300 pound (RM1,760).

Kunci itu yang diambil dari pejabat Hitler asalnya dijadikan hadiah oleh sekutu Jerman sebelum dijual dalam acara lelong di Kent, 76 tahun kemudian.

Kunci itu diletakkan bersama sekeping plat besi yang mengandungi logo burung helang Nazi berserta tulis ‘Herren W’ dan nombor 166.

Barang peninggalan sejarah itu ditemukan di dalam laci meja Hitler oleh seorang seorang kru pesawat perang Britain, selepas Berlin bebas dari Perang Dunia Kedua.

Hanya dikenali sebagai Leftenan Penerbangan A.A Williams, beliau kemudiannya membawa balik kunci tersebut sebagai hadiah dan disimpan sehingga meninggal dunia.

Dalam satu surat, Williams menjelaskan kunci tersebut diambil dari laci meja Hitler pada Julai 1945.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya