LONDON: Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia mencecah angka empat juta semalam, ketika kebanyakan negara terus berjuang menangani kes jangkitan koronavirus.
Ketika jumlah kematian dan kes jangkitan baharu semakin reda di Amerika Syarikat (AS) dan Britain, beberapa negara masih merekodkan peningkatan kes susulan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.
Berdasarkan analisis Reuters, sebanyak dua juta kematian Covid-19 direkodkan lebih setahun sebelum ini, manakala dua juta lagi dicatatkan dalam tempoh 166 hari pada 2021.
Lima negara yang merekodkan kematian paling tinggi adalah AS, Brazil, India, Rusia dan Mexico, iaitu menyumbang kira-kira 50 peratus jumlah kematian dunia.
Peru, Hungary, Bosnia, Republik Czech dan Gibraltar pula mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat Covid-19.
negara-negara Amerika Latin pula berdepan dengan gelombang jangkitan terburuk sejak Mac lalu, dengan 43 dalam setiap 100 jangkitan. – REUTERS