LONDON: Sebuah kolam renang lutsinar yang dibina antara dua bangunan tinggi di barat daya London mula menjadi perhatian ramai.
Disifatkan sebagai jambatan kolam renang pertama dunia dan struktur akrilik terbesar, Sky pool terletak antara dua bangunan penempatan mewah iaitu Embassy Gardens di Nine Elms.
Dengan ketinggian 30 meter, orang ramai boleh melihat penghuni bangunan tersebut menggunakan kolam renang terbabit dari bawah.
Kolam itu mempunyai kedalaman tiga meter dan sebanyak 375 tan air digunakan untuk memenuhi ruang kolam renang tersebut.
Selain itu, pengguna kolam terbabit turut dijamu dengan pemandangan elit kota London termasuk London Eye dan bangunan Parlimen.
Orang ramai yang teruja dengan kolam renang itu menyifatkannya sebagai unik, malah ada yang beranggapan struktur binaan itu menakutkan.
Kolam renang itu bagaimana terhad untuk penghuni di dua bangunan tersebut. – REUTERS