Ketua kumpulan Boko Haram dipercayai bom diri sendiri - Utusan Malaysia

Ketua kumpulan Boko Haram dipercayai bom diri sendiri

ABUBAKAR SHEKAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIGERIA: Ketua kumpulan militan Boko Haram di Nigeria, Abubakar Shekau dilaporkan maut akibat membunuh dirinya sendiri.

Bukti itu diperoleh menerusi rakaman audio yang diperoleh agensi berita daripada kumpulan militan lain, Islamic State West Africa Province (Iswap) yang menjelaskan Shekau mati akibat meletupkan bahan letupan pada dirinya sendiri selepas pertempuran antara kedua-dua kumpulan.

Suara audio tidak bertarikh itu dipercayai milik ketua Iswap, Abu Musab al-Barnawi.

Katanya, pejuang Iswap memburu panglima perang itu serta memberinya peluang untuk bergabung dengan mereka.

“Shekau rela memalukan dirinya sendiri sama ada di bumi mahupun alam selepas kematian itu,” katanya.

Shekau pernah dilaporkan mati bulan lalu dan terbunuh sebelum ini.

Bagaimanapun, Kerajaan Nigeria mahupun Boko Haram tidak mengesahkan berita kematian pemimpin militan itu.

Shekau dipercayai berumur dalam lingkungan 40 tahun dan pernah mendalangi beberapa siri pengeboman dan penculikan di seluruh wilayah itu.

Kumpulan militan itu sudah membunuh seramai 300,000 orang dan menyebabkan lebih dua juta penduduk menjadi pelarian.

Kumpulan penjenayah itu pernah mencuri tumpuan antarabangsa selepas melakukan penculikan terhadap ratusan murid perempuan di sebuah sekolah di Chibok, 2014.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya