Kes jangkitan Covid-19 Britain bakal cecah 100,000 sehari - Utusan Malaysia

Kes jangkitan Covid-19 Britain bakal cecah 100,000 sehari

PERINGATAN mengenai pemakaian pelitup muka pada dinding bas awam di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan saintis Britain memberi amaran negara ini boleh merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 100,000 kes sehari menjelang Julai.

Sehingga semalam, kes jangkitan Covid-19 di Britain adalah sebanyak 7,738, iaitu jumlah kedua tertinggi selepas merekoskan 8,000 kes pada Jumaat lalu.

Kira-kira 90 peratus kes jangkitan baharu berpunca dari varian Delta dan kes terus berlipat ganda dalam setiap sembilan hari.

Namun, angka kematian disebabkan oleh varian tersebut masih pada kadar rendah.

Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) Britain memaklumkan, tidak mustahil jika angka jangkitan harian sebenar adalah dua kali ganda dari yang dicatatkan ketika ini.

“Dalam tempoh sebulan, kes jangkitan baharu boleh meningkat sehingga 100,000 kes sehari dan hospital akan mula sesak,” jelas SAGE.

Dalam perkembangan sama, para saintis turut menasihatkan kerajaan supaya memulakan program vaksinasi untuk kanak-kanak secepat mungkin.

Hal ini kerana, varian Delta banyak dijangkiti oleh kanak-kanak sekolah yang belum lagi mendapat vaksin.

Kebanyakan yang dijangkiti varian itu berusia antara 10 hingga 19 tahun dan diikuti rapat mereka yang berumur 20 hingga 29 dan 30 hingga 39 tahun.

Berdasarkan data, terdapat 144 kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta di sekolah dengan 0.6 peratus daripadanya melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Terdahulu, Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock mengesahkan kerajaan bercadang untuk memberi vaksinasi kepada golongan kanak-kanak selepas Pfizer melengkapkan kajian berhubung penggunaan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya