Kerana cinta sejenis, lelaki dibunuh 9 lelaki - Utusan Malaysia

Kerana cinta sejenis, lelaki dibunuh 9 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Seorang lelaki berusia 21 tahun dibunuh dan mayatnya ditemukan dalam keadaan hangus terbakar di Kecamatan Mallawa, Maros, Sulawesi Selatan.

Ketua Polis Sulsel, Merdisyam berkata, motif pembunuhan itu melibatkan cinta sesama jenis apabila suspek cemburu membaca mesej mangsa dengan lelaki lain.

Katanya, suspek berusia 19 tahun merupakan dalang utama dan menjalinkan hubungan cinta terlarang dengan mangsa.

Beliau berkata, seramai sembilan suspek terlibat dalam kes pembunuhan itu, manakala, seorang lagi masih diburu.

“Ketika menjemput Rian di rumahnya menuju hotel untuk melakukan seks, pelaku mengambil telefon bimbit mangsa dan melihat WhatsApp Rian dengan lelaki lain pada 7 Jun lalu.

“MA kemudian memukul mangsa dengan lelaki lain di sebuah hotel di Makassar,” katanya.

Menurut Merdisyam, kedua-dua lelaki itu sempat bertengkar gara-gara mesej dalam WhatsApp.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah sebelum dibunuh ketika cuba melarikan diri.

“Suspek bersama rakan-rakannya yang lain membeli dua botol minuman yang kemudian dibuang isinya dan diisi dengan petrol.

“Sejurus tiba di pinggir jalan Mallawa, jasad Rian dibakar oleh MA dan rakannya,” jelasnya. -TRIBUNNEWS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya