Kepingan Lego dari botol plastik kitar semula - Utusan Malaysia

Kepingan Lego dari botol plastik kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BILLUND: Pengeluar alat permainan dari Denmark, Lego buat pertama kali mendedahkan kepingan Lego diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semula.

Kepingan tersebut merupakan sebahagian daripada projek eksperimen yang dilakukan syarikat tersebut dan jika berjaya, Lego akan menjualnya di pasaran.

Menerusi kenyataan, Lego memaklumkan mereka menggunakan sejumlah botol plastik yang dibuang dari Amerika Sayrikat (AS).

Secara purata, botol plastik bersaiz satu liter boleh menghasilkan 10 kepingan Lego.

Timbalan Presiden Kumpulan Lego, Tim Brooks berkata, pihaknya cuba menghasilkan produk yang lebih mampan dan dalam pada masa sama, melindungi alam sekitar.

“Walaupun kepingan Lego dari botol plastik ini tidak dapat dihasilkan pada kadar segera, Lego tetap optimis untuk menjayakannya.

“Kesemua botol plastik yang kami gunakan sudah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA),” katanya.

Lego memaklumkan eksperimen akan diteruskan sekurang-kurangnya setahun sebelum membuat keputusan untuk meletakannya dalam pasaran.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya