Kementerian Kesihatan Indonesia desak sekatan Covid-19 diperketatkan - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan Indonesia desak sekatan Covid-19 diperketatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia terus mendesak kerajaan negara ini melaksanakan sekatan Covid-19 yang lebih ketat ketika kes jangkitan terus meningkat ke tahap membimbangkan.

Kes jangkitan koronavirus di negara ini mula memuncak tiga kali ganda sejak bulan lalu, menyaksikan hampir kebanyakan hospital sesak dan dikhuatiri boleh lumpuh pada bila-bila masa.

Sehingga semalam, sebanyak 21,342 kes jangkitan baharu direkodkan.

Menurut sumber, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin menggesa supaya sekatan ketat itu segera dilaksanakan jika tidak mahu situasi di negara ini menjadi kritikal.

Sumber itu juga memaklumkan barisan Kabinet akan mengadakan mesyuarat berhubung krisis Covid-19 di Indonesia.

Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini yakin bahawa strategi menangani Covid-19 yang dilakukan kerajaan ketika ini berkesan, namun memerlukan kaedah pelaksanaan yang lebih baik.

Pada minggu lalu, ketua pasukan pencegahan Covid-19 Indonesia, Airlangga Hartarto mengeluarkan larangan aktiviti keagamaan di rumah ibadat, menutup sekolah dan bar.

Selain itu, pejabat, restoran, kafe dan pusat beli-belah yang terletak dalam zon merah boleh beroperasi pada kapasiti 25 peratus sahaja. – REUTERS

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya