Kematian akibat Covid-19 tahun 2021 melebihi 2020 - Utusan Malaysia

Kematian akibat Covid-19 tahun 2021 melebihi 2020

PETUGAS perubatan yang lengkap mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) mengusung mayat pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di New Delhi, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Jumlah kematian akibat Covid-19 pada tahun ini direkodkan lebih tinggi berbanding tahun lalu ketika pandemik bermula.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh Universiti John Hopkins, dunia kehilangan 1.88 juta penduduk yang maut akibat koronavirus pada tahun lalu.

Namun, jumlah itu bertambah kepada 1.9 juta orang pada tahun ini, iaitu kurang dari setengah tahun 2021.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, masih banyak negara berdepan dengan situasi Covid-19 yang amat berbahaya.

Katanya, semakin banyak negara turut merancang untuk melonggarkan sekatan Covid-19, terutamanya yang sudah melaksanakan program vaksinasi.

Amerika Syarikat (AS) pula dilihat lebih ‘bernasib baik’ pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Jumlah kematian keseluruhan di AS sehingga pertengahan 2021 adalah sebanyak 247,000 berbanding 352,000 pada tahun lalu.

Sementara itu, Brazil dan India merekodkan kematian akibat Covid-19 jauh lebih tinggi pada tahun ini berbanding 2020.

Jumlah kematian di Brazil meningkat dari 195,000 pada tahun lalu kepada 289,000 sehingga pertengahan tahun ini.

Di India pula, angka kematian pada 2020 adalah seramai 149,000 manakala tahun ini sebanyak 218,000. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya