Kematian akibat Covid-19 lepasi angka 500,000 di Brazil - Utusan Malaysia

Kematian akibat Covid-19 lepasi angka 500,000 di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Brazil semalam merekodkan kematian akibat Covid-19 sebanyak 500,000 kes.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Brazil, Marcelo Queiroga.

“Sebanyak 500,800 kematian Covid-19 direkodkan sehingga kini dengan 2,301 kematian dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Purata jumlah kematian akibat Covid-19 di Brazil pada minggu melepasi 2,000 buat kali pertama sejak 10 Mei lalu.

Brazil yang mempunyai 212 juta penduduk menjadi negara kedua paling banyak merekodkan kemtian akibat Covid-19 selepas Amerika Syarikat (AS).

Negara ini berdepan dengan gelombang kedua Covid-19 sehingga kematian boleh mencecah 4,000 sehari.

Lebih 60 peratus kematian akibat Covid-19 di negara ini dilaporkan bermula awal 2021. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya